PENGENALAN
Mula diperbadankan sebagai sebuah syarikat pada tahun 1996, dengan gabungan tenaga berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengiklanan, rekabentuk dan ilustrasi kami mengorak langkah.
Tradesign Sdn. Bhd. bukan sahaja memberikan sesuatu yang terbaik dari segi konsep rekabentuk, susunatur yang beroriantasikan perkembangan idea, kreativiti yang segar malah kepada nilai seni dan estetikanya bagi meningkatkan impak dan daya saing produk.
FALSAFAH
Komitmen yang sepenuhnya, kesempurnaan, perkembangan idea dan kepuasan pelanggan adalah
menjadi teras utama bagi setiap projek yang diamanahkan.
METODOLOGI
Keuntungan jangka panjang, keberkatan dan kepuasan pelanggan adalah inspirasi kami
untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan rekabentuk yang dinamik.
WAWASAN
Eksplorasi teknik berlandaskan proses perkembangan idea dan kreativiti serta proses dan produksi yang jitu dan teratur. Kemantapan idea, kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran akan menghasilkan rekabentuk yang terbaik serta dasar fikiran terbuka membolehkan kami untuk menerima dan memberikan kepelbagaian jenis nilai-nilai estetika dalam proses-proses produksi.
Syarikat bumiputera yang terus unggul dalam mencari kemungkinan serta kaedah
pengucapan idea dan kreativiti baru dalam setiap projek.
Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat banner, bunting,kad kahwin, kad raya, flyers, brouchre, buku aturcara dan juga signboard.
Untuk sebarang tempahan sila hubungi pihak kami
dengan kadar segera........
Tra Design Sdn. Bhd.
No. 16, Lorong Istana, Taman Istana
30000 Ipoh, Perak DR
Tel: 05 - 2422057 Faks: 05 - 2422058
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)